25 tahun puncak nilai kemanusiaan
Sertai kami meraikan ulang tahun kelahiran Wikipedia.
Kenali insan yang menjayakannya
Wikipedia diasaskan pada 15 Januari 2001. Kini, selepas 25 tahun, ia telah menjadi tulang belakang ilmu di Internet yang menjadi rujukan bagi segalanya daripada kehidupan seharian dan chatbot AI, hinggalah bidang kewartawanan dan kemenangan kuiz trivia. Hampir 250,000 sukarelawan menulis, menyunting dan menyemak fakta bagi 65 juta rencananya dalam lebih 300 bahasa, semuanya berpandukan piawaian sifat berkecuali dan kebolehpercayaan.
Pada tahun 2026, kami akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 Wikipedia. Bagi meraikan pencapaian ini, kami menemu bual beberapa penyunting sukarela dari seluruh dunia mengenai faktor yang mendorong mereka untuk menyumbang kepada laman Wikipedia.
Tonton siri ini.
Ketahui permulaan segalanya
Terokai kapsul masa 25 Tahun Wikipedia dan lihat evolusi laman ini dari awal. Pengembaraan imersif ini memaparkan sejarah kewujudan Wikipedia serta sebab ia kekal sebagai bukti kejayaan kerjasama dan sepersetujuan.

Wikipedia masa depan manakah anda?
Apakah impian anda apabila membayangkan masa depan? Bagaimana pula gambaran anda mengenai hala tuju Wikipedia? Daripada pengangkutan kuantum hinggalah atlet robot, ketahui corak masa depan Wikipedia anda dan kongsikan keputusannya dengan rakan-rakan di media sosial.

Bawa kemeriahan ini ke rumah
Kami meraikan hari lahir Wikipedia dengan koleksi barangan edisi terhad yang meriah, sesuai untuk aktiviti membakar kek, memecahkan piñata dan menyunting pengetahuan di Internet.
Lihat siapa yang menyahut undangan
Ketahui lebih lanjut mengenai jenama yang bekerjasama dengan Wikipedia untuk meraikan pencapaian penting ini. Setiap kerjasama ini hanya tersedia untuk tempoh yang singkat.

Patung plushie ulang tahun bersama Makeship
Baby Globe—siapakah dia? Kenali maskot ulang tahun yang penuh rasa ingin tahu dan ceria. Anda mungkin akan melihat kemunculannya di Wikipedia tidak lama lagi, tapi sementara itu, anda boleh membuat pra-pesanan dalam bentuk patung plushie yang comel dari 15 Januari hingga 12 Februari. Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama dengan Makeship, sebuah platform yang menghasilkan koleksi edisi terhad dan barangan eksklusif. Nantikan kembali pada bulan Mac untuk peluang lain membawa pulang watak yang penuh keceriaan ini.
Ketahui lebih lanjut
Baca segalanya mengenai ulang tahun ke-25, Wikipedia serta cara Wikimedia Foundation memudah cara capaian kepada pengetahuan yang bebas dan terbuka untuk semua.

Wikipedia raikan 25 tahun kegemilangan ilmu pengetahuan
Selamat hari jadi, Wikipedia. Sumber maklumat dalam talian terbesar di dunia itu kini telah memudahkan akses kepada ilmu yang terpercaya dan ditulis oleh manusia selama 25 tahun. Untuk meraikannya, Yayasan Wikimedia menjemput anda untuk ikut menelusuri perjalanan Wikipedia sepanjang 25 tahun lalu, menghargai sukarelawan yang menjayakannya, dan membantu membentuk perjalanannya yang akan datang.

Memastikan kebolehpercayaan maklumat dalam era digital: Pengajaran daripada Wikipedia
Tahukah anda bahawa Wikipedia, salah satu daripada sepuluh laman web yang paling kerap dikunjungi di dunia sebenarnya dikendalikan oleh pertubuhan bukan untung?

Dalam era AI, Wikipedia menjadi semakin berharga
Tanpa akses kepada maklumat di Wikipedia, model AI akan menjadi jauh kurang tepat, kurang pelbagai dan sukar disahkan.

Sayangkan Wikipedia? Kenali pertubuhan bukan untung di sebaliknya
Peranan Yayasan termasuklah melabur dalam teknologi, memastikan keselamatan data, memerangi ancaman terhadap maklumat serta menyokong komuniti sukarelawan yang aktif di seluruh dunia.
Bantu menyokong ilmu pengetahuan manusia
Wikipedia bebas daripada iklan dan langganan. Ia dijayakan oleh ribuan sukarelawan yang berkongsi ilmu secara percuma, ini bermakna sokongan anda amat penting bagi memastikan setiap rencana dapat diakses semudah mungkin oleh semua.
Sebahagian besar dana kami diperoleh daripada sumbangan individu yang lazimnya berjumlah antara $2.75 USD hingga $25 USD.
Terima kasih kerana memelihara ilmu pengetahuan manusia dan kerjasama dalam talian. Ayuh terus melangkah ke 25 tahun akan datang dan seterusnya.


Tahniah kerana berjaya sampai ke penghujung halaman!
Ganjaran anda? Peluang melihat sekilas maskot hari lahir yang paling tinggi rasa ingin tahunya dan ceria di muka Bumi. Harap bersabar sementara ia bersiap sedia untuk mengembara bersama anda.
Nantikan pelbagai kejutan di halaman-halaman Wikipedia sepanjang tahun sambutan besar-besaran ini. Daftarkan diri untuk menerima peringatan sebaik sahaja karakter ini mula beraksi, bermain dan mengelamun.
Bildnachweis
WP25 Baby Globe sneak peak - Pre launch animation
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation






