Ada kawan istimewa akan singgah sempena hari lahir ke-25 Wikipedia

Banyak kejutan menanti, tapi kami takkan bagi spoiler

Cuba teka siapa yang akan sertai parti Wikipedia ini! Dia ialah teman membaca yang paling ceria dan penuh rasa ingin tahu. Pada 16 Februari, dia akan muncul di laman-laman Wikipedia tertentu dan dalam beberapa bahasa apabila anda mengaktifkan mod Hari Lahir. Jadi, jangan sampai terlepas dan bersedialah untuk raikan 25 tahun tunjang ilmu internet ini.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai sambutan ini

Daftarkan diri anda untuk mendapat kemas kini berkenaan sambutan ini supaya kami dapat memaklumkan kepada anda jika mod Hari Lahir tersedia untuk anda bagi mengaktifkan maskot yang ceria ini.

Untuk butiran lanjut, lihat pernyataan Privasi kami.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan kawan istimewa ni?

Ramai yang tanya kami berkenaan maskot dan mod Hari Lahir ini. Berikut adalah apa yang anda kena tahu.

Mod ini ialah ciri edisi terhad yang membuatkan sambutan ulang tahun kelahiran ke-25 Wikipedia lebih meriah. Tekan butang pengaktifan, maskot hari lahir akan mula muncul di Wikipedia anda. Ciri ini akan ada di sesetengah Wikipedia bermula 16 Februari 2026.

Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk Wikipedia bahasa: Betawi, Czech, French, Gorontalo, Indonesian, Italian, Madurese, Sicilian, Thai, Vietnamese and Wayuu. Sila daftar untuk dapatkan makluman apabila ia tersedia di Wikipedia lain.

Masukkan e-mel anda dalam senarai ini dan kami akan hantar mesej apabila mod Hari Lahir sudah aktif.

Cuma perlu geser butang mod Hari Lahir di bahagian bawah laman ke posisi “tutup” (off) dan maskot itu akan hilang.

Sudah tentu, kami boleh uruskan. Komuniti bahasa lain masih sempat untuk buat keputusan jika mahu menambah ciri sambutan ini ke Wikipedia mereka. Tinggalkan pesan di laman perbincangan projek dan kami akan hubungi anda.

Wikipedia kini berusia suku abad

Wikipedia secara rasminya genap 25 tahun pada 15 Januari 2026. Dengan lebih 65 juta rencana dalam lebih 300 bahasa, Wikipedia menjadi sumber maklumat untuk segalanya, dari kehidupan seharian dan chatbot AI, hinggalah kewartawanan dan kuiz trivia.